Negara-negara lain juga turut memberi tumpuan kepada kemajuan sektor pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama kepada sumber keuntungan ekonomi negara. Oleh itu, banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka menyebabkan pelancong asing terpaksa memilih destinasi percutian mereka ke negara lain. Ini akan menyebabkan sektor pelancongan di negara kita semakin turuk dan akan terus menjejaskan ekonomi negara.
Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai-pantai yang cantick seperti Pantai Batu Ferringhi juga telah tercemar dengan sampah dan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Sekiranya persekitaran di sekelilingnya musnah dan terjejas, ia akan memberikan persepsi negatif kepada pelancong asing.